Wednesday, 19 February 2014

FADHILAT SURAH AL-KAUTHAR

Salam sayang kepada semua pembaca. Hari ini saya ingin kongsi kan fadhilat Surah Al-Kauthar sebagai renungan dan panduan kita bersama.

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim Bismillahirrahmanni rrahim" 

Inna a 'taina ka-l-Kauthar
Fa salli li-Rabbi-ka wa-nhar
Inna shani' a-ka huwa-l-abtar



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. Kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Mari kita baca kelebihan surah Al-Kauthar ini: 
  • Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
  • Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'Allah hilang dahaga.
  • Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
  • Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
  • Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
  • Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  • Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Pembaca sekalian, percaya dan yakinlah pada kuasa Allah s.w.t, oleh itu marilah kita mengamalkannya Lillahita'ala agar kita semua mendapat manfaatnya bersama-sama. Wallahua'lam.

Wednesday, 26 June 2013

Petua untuk sentiasa dara dari Dr. Fatimah Az Zahra

Salam semua..mudah mudahan sihat sentiasa ye..hari ini saya nak kongsikan tips kepada ibu ibu yang ingin sentiasa dara dan kepada yang belum jadi ibu pun boleh baca ye, tak de masalah saya petik artikal ini daripada facebook..jom baca...

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'Abqaro' menurut ayat didalam surah Al-Waqiah. ('Abqaro' ini bermaksud perawan sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:
Lepas solat Isya' ambil air segelas, baca Al Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38 :

(56:35) Sesungguhnya kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa.

(56:36) Serta kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah sentuh)

(56:37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.

(56:38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

"Rasulullah s.a.w bersabda, " Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."

Jadi kepada ibu-ibu diluar sana khususnya marilah kita amalkan petua kecantikan yang lebih menjurus keislaman gitu, disamping menggunakan produk2 kecantikan dan suppliment. Wallahua'lam.

Sharing is caring, caring is loving :)