Salam sayang kepada semua pembaca. Hari ini saya ingin kongsi kan fadhilat Surah Al-Kauthar sebagai renungan dan panduan kita bersama.
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim Bismillahirrahmanni
rrahim"
Inna a 'taina ka-l-Kauthar
Fa salli li-Rabbi-ka wa-nhar
Inna shani' a-ka huwa-l-abtar
Surah ini
paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat &
diturunkan di Makkah dan
bermaksud sungai di syurga. Kolam
sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah
dan cantik.
Rasanya
lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih
wangi daripada kasturi. Surah ini
disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. Kerana
diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak
lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu
Talib. Mari kita baca kelebihan surah Al-Kauthar ini:
- Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
- Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'Allah hilang dahaga.
- Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
- Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
- Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
- Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
- Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Pembaca sekalian, percaya dan yakinlah pada kuasa Allah s.w.t, oleh itu marilah kita mengamalkannya Lillahita'ala agar kita semua mendapat manfaatnya bersama-sama. Wallahua'lam.